8 Kasut Bola Popular Dipakai Pemain Terbaik Dunia
8 Kasut Bola Popular Dipakai Pemain Terbaik Dunia| Hari ini saya akan memberikan anda artikel mengenai but pemain terbaik dunia. Pemain-pemain yang tersenarai dalam entri ini ialah Ronaldo, Ibrahimovic, Ozil, Messi, Wayne Rooney, Neymar Junior, Marco Reus dan Diego Costa.
CRISTIANO RONALDO
“Built for speed, made for trophies” itu yang slogan yang digunakan Nike untuk menggambarkan but terbaru Ronaldo ini. But pemenang 3 kali Ballon d’Or ini ditampilkan dengan warna perak yang bersinar sambil di kontraskan dengan warna Midnight Navy pada kolarnya.
Direka untuk kepantasan, Nike Mercurial Superfly Silverware ini merupakan but bola sepak paling advance pernah ada di pasaran dengan ciri kolar Dynamic Fit, Flyknit, Nikeskin dan plat tapak menggunakan bahan karbon fiber.
But ini inspirasikan dari trofi perak yang ingin di julang pemain pemain elit seperti Ronaldo. But tersebut sudahpun membuat penampilan pertamanya pada pertembungan El Clasico dimana Real Madrid tewas 2-1 kepada Barcelona.
Zlatan Ibrahimovic
Zlatan yang telah tamat kontrak bersama Nike pada lewat 2014 mula dilihat memakai beberapa but hitam (blackout) termasuk lah Adidas F50 Adizero Nike Mercurial Vapor dan Nike Tiempo Legend. Bersempena kempen ‘World Food Programme’, Zlatan bakal menggunakan but Nike Mercurial Vapor X yang tertera slogan “805 Million Names” sebagai tanda sokongan kempen tersebut.
Dikhabarkan but tersebut sudahpun dipakai oleh Zlatan semasa aksi saingan 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah semasa Paris Saint-Germain menentang Chelsea.
Mesut Ozil
Juara Piala Dunia 2014 yang kini bergelut dengan prestasi di Emirates itu dilihat memakai Adidas Predator Instinct dalam saingan pusingan ke 4 piala FA (Arsenal vs Brighton). Sebelum ini, Adidas menerbitkan sebuah iklan Predator Instinct yang di bintangi Ozil sendiri.
Dalam konteks mesej iklan tersebut Predator Instinct diinspirasikan dari haiwan pemangsa yang menggunakan naluri untuk memburu. Dan bila naluri mengambil alih, ia diterjemahkan menerusi sentuhan, skop pandangan, dan keyakinan mengawal permainan semasa di atas padang. Persis pemangsa.
Lionel Messi
Adidas Messi 2015 yang terbaharu mengembalikan nostalgia zaman kanak kanak Messi semasa di Rosario dengan corak unik di bahagian tumit, diinspirasikan dari mural grafiti di Rosario, Argentina. Disember 2014 Adidas mendedahkan but Messi Mirosar10 yang juga menampilkan rekaan inspirasi dari Rosario. Model pertama Adidas Messi 2015 dinamakan sebagai Adidas Messi Pibe de Barrio (kanak kanak kejiranan) dan sudahpun dilancarkan pada Mac yang lepas.
Wayne Rooney
Pada 2013 Rooney memakai Nike Total90 Laser IV sebelum bertukar kepada Hypervenom Phantom yang direka khas untuk ketangkasan selain mengekalkan kuasa dan kelajuan di atas padang. Perlawanan menentang Slovenia di kelayakan Euro 2016 tahun lepas mencatatkan penampilan ke 100 Rooney menyarung jersi The Three Lions, dengan itu Nike mereka but khas yang tertera nombor 100 sebagai simbolik pencapaian tersebut.
Model yang digunapakai pada waktu itu adalah Nike Hypervenom Phantom Hyper Crimson (White x Atomic Orange). Model Hypervenom yang telah dilancarkan sejak Jun 2013 menggunakan material NikeSkin yang ringan dan lembut pada kasut, membolehkan si pemakai membuat turning, memecut dan mencengkam permukaan padang dengan pantas.Selain Rooney, Neymar danDaniel Sturridge juga memakai Hypervenom.
Neymar Junior
Neymar sudahpun mencecah usia 8 tahun sebagai duta Nike. Dia yang menandatangani kontrak bersama Nike (tamat pada 2022) pernah memakai but yang sangat terhad iaitu Nike Green Speed semasa sukan Olimpik London 2012..Sedikit berbeza berbanding Hypervenomyang dimiliki Rooney, Nike Hypervenom Liquid Diamond Neymar punyai kisah tersendiri. Minat Neymar terhadap berlian memberi inspirasi buat Nike untuk mereka susunan warna yang unik.
Kanvas bertekstur dari material Nikeskin yang digunakan padaHypervenom ini meningkatkan dimensi warna yang melambangkan peribadi Neymar yang ceria dan berani.
Marco Reus
Sejak dilancarkan sejak awal 2014, Marco Reus menjadi testimonial but Puma EvoSPEED yang mula mendapat tempat di pasaran ini. EvoSPEED, but berprestasi tinggi yang menampilkan inovasi terkini PUMA yang membantu pemain untuk bergerak secara pantas dan tangkas. Dibuat daripada bahan mikrofiber yang sangat tipis dan lembut, ia pastiinya memudahkan pengendalian dan reaksi yang lebih baik.
Dengan Teknologi GripTex yang digunapakai pada permukaan but, bola akan mudah dikawal dalam pelbagai keadaan cuaca. Menurut Reus, dia memerlukan but yang memerlukan dia bergerak pantas dan EvoSPEED adalah pilihan terbaik selain harus mengembalikan semula prestasinya selepas dibelenggu kecederaan.
Diego Costa
Pemain kontroversi yang juga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Diego Costa menghadapi sedikit isu mengenai but yang dipakainya. Spekulasi tercetus apabila Costa dilihat memakai but Adidas Adizero F50 serba putih yang dilabelkan sebagai“unbranded” dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuklah menentang PSG dalam perebutan slot ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Adidas yang mengikat kontrak bersama Costa sejak setahun lalu sudahpun melancarkan koleksi terbaru Adidas 2015 awal tahun ini iaitu Adidas F50 Adizero 2015 Leather (Solar Red) dan Costa telah memakainya semasa bertemu Hull City baru baru ini. Untuk mencipta rupa yang serba baru,Adidas menyusun semula 3 jalur putih yang biasanya berada di atas/tepi but ke bahagian tumit dan ‘lidah’.
Permukaan atas but yang menampilkan imej 3D seakan kulit ular ini diperbuat dari lapisan HybridTouch berfungsi untuk kawalan bola yang optimum, juga sentuhan bola pada kelajuan tinggi dalam pelbagai keadaan cuaca.Hmm jika Costa masih memakai but putih “ubranded” tersebut, adakah itu petandaCosta akan meninggalkan Adidas ?
Post a Comment