Analisis Rekod Mario Gomez vs Benjamin Mora Awal Musim, Mora Mampu Saingi Gomez!
Analisis Rekod Mario Gomez vs Benjamin Mora Awal Musim, Mora Mampu Saingi Gomez! | Pada awal musim 2017, bolasepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT) telah membuat keputusan mengejutkan untuk menggantikan Mario Gomez dengan Benjamin Mora yang masa ketika itu pengendali JDT II. Sudah kita ketahui, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah membuat perubahan di dalam pasukan di mana JDT kini menjadi satu kuasa besar di rantau Asia setelah berjaya menjuarai Piala AFC 2015.
Pada tahun 2017, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan bajet dengan menjual pemain import prolifik JDT, iaitu Martin Juan Lucero dan Pereyra Diaz. Mereka hanya mengambil pemain luar negara yang kurang ternama di tambah pula dengan menggunakan pemain yang jauh lebih muda. Pemain berpengalaman JDT seperti Amri Yahyah dan Safee Sali pun turut digugurkan.
Adakah perubahan besar ini menyebabkan JDT telah terlepas genggaman dua piala iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA 2017? Atau pun ada kaitan dengan corak permainan yang diterapkan oleh Benjamin Mora berbanding Mario Gomez?
Purata jaringan JDT untuk tahun 2017 adalah 2.5 gol/perlawanan adalah lebih baik berbanding tahun 2016 yang mencatat hanya 1.8 gol/perlawanan. Di sudut bolos gol, keputusan ini lebih memihak kepada Mario Gomez hanya melepaskan 0.6 gol setiap perlawanan manakala Mora melepaskan 0.9 gol setiap perlawanan.
Ini bermakna jaringan yang banyak ini menunjukkan corak permainan yang lebih bermutu diterapkan oleh Benjamin Mora walaupun banyak keluhan daripada peminat JDT yang beranggapan taktikal Mora banyak melakukan kesilapan dan pertukaran pemain yang tidak tepat.
Jika diambil secara keseluruhan tiada banyak perbezaan antara Benjamin Mora dengan Mario Gomez. Apa yang membezakan sebenarnya adalah mentaliti kita yang sering mencari kesilapan dan memberi kritikan sedangkan kita perlu memerhatikan ke arah yang lebih positif dan sentiasa menyokong apa yang telah dilakukan oleh Benjamin Mora.
Akhir kata, peminat dan penyokong JDT tidak perlu risau dengan prestasi semasa pasukan kesayangan mereka kerana Benjamin Mora masih berada di landasan yang betul dan lebih baik daripada Mario Gomez. Kita nantikan pusingan kedua Liga Super Malaysia 2017 yang akan bermula beberapa hari lagi. Luaskan kuasamu Johor!
Kredit gambar goal.com

Kredit goal.com |

Post a Comment