Header Ads

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019 |Mampukah Malaysia untuk mendapatkan slot automatik ke Piala Asia Championship League (ACL) 2019? Menurut jangkaan secara kebiasaannya AFC akan mengemaskini MA ranking pada awal bulan selepas beberapa hari pengumuman kedudukan ranking FIFA. Sekiranya JDT dan Felda United layak ke peringkat kalah mati Piala AFC 2017, ini akan mencerahkan lagi peluang Malaysia untuk memintas Hong Kong yang kini berada di atas Malaysia hanya berbeza 1.52 mata.

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019?


1. JDT

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019

JDT sebagai wakil Malaysia yang kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan F Piala AFC 2017 bakal menentang Magwe FC untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Menurut jangkaan, JDT telah pun layak ke peringkat seterusnya walaupun berada di kedudukan kedua ini kerana jurang mata amat jauh sekali.

Nampaknya laluan mudah JDT untuk mengalahkan Magwe FC kerana semua pemain mendapat rehat yang sepenuhnya selepas pasukan itu tidak layak lagi bersaing ke peringkat seterusnya dalam Piala FA 2017. Dengan pula menentang di Stadium Larkin ini memberikan peluang JDT untuk meneruskan misi ke peringkat kalah mati dan JDT mampu mengutip banyak mata untuk MA ranking.

2. Felda United

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019

Peluang Felda United masih terbuka untuk peringkat kalah mati sekiranya pasukan wakil Malaysia itu dapat mengalahkan Hanoi FC dari Vietnam dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala AFC 2017. Ketika ini, Felda United menduduki tangga keempat di belakang Ceres dan Hanoi hanya berbeza 2 mata manakala Tampine Rovers hanya satu mata.

Sekiranya Felda United dapat menewaskan Hanoi FC dengan jaringan besar ini bermakna Felda United dapat memintas kedudukan kedua dengan syaratnya Tampine Rovers perlu tewas dengan Ceres penghuni tangga teratas. Jika Felda United ditewaskan oleh Hanoi FC dan seterusnya mereka mara peringkat seterusnya, maka Vietnam sekarang berada di tangga kelapan MA ranking akan terus mengutip mata lebih banyak untuk MA ranking. Apapun Felda perlu mengalahkan Hanoi.

Sebab Ini JDT Akan Layak Automatik ACL 2019
MA Ranking Terkini 

Akhir kata, sekiranya JDT dan Felda United terus melakar kejayaan dalam Piala AFC 2017 ini akan membuka ruang Malaysia mendapat slot automatik ke ACL 2019. Lebih-lebih lagi, wakil kelab dari Hong Kong, Eastern FC yang terus dihempap kekalahan dalam peringkat ACL 2017 dan lebih malang jika ditewaskan oleh Kawasaki Frontale. Apa kata kita nantikan dalam perlawanan ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.