Header Ads

Top 5 Pemain Import Terbaik Dan Sensasi Liga Super 2018

Top 5 Pemain Import Terbaik Dan Sensasi Liga Super 2018|Siapakah pemain import yang terbaik untuk Liga Super Malaysia 2017 musim ini? Jika dilihat keputusan ini lebih memihak kepada pemain import JDT kerana kelab gergasi Asia kini berada di kedudukan pertama Liga Super meninggalkan Pahang dengan 5 mata untuk pusingan pertama liga yang telah berakhir. Namun begitu, pemain-pemain penyerang import pasukan lain pun turut mempamerkan aksi yang berkualiti.

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2017

Tak ketinggalan, penyerang import Kelantan Mohammed Ghaddar telah beraksi cukup cemerlang dengan ketajaman beliau mencetak jaringan 16 gol dalam 11 perlawanan sudah pasti memberikan kelebihan kepada serangan skuad The Red Warriors. Selain itu, skuad Tok Gajah juga memiliki penyerang import yang berkualiti di mana Matheus Alves telah menghasilkan jaringan gol sebanyak 10.

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super Malaysia 2017


1. Mohammed Ghaddar (Kelantan) - 16 gol

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2017

Jangan diperkatakan lagi ketajaman Mohammed Ghaddar untuk menghasilkan jaringan ke gawang gol dengan memiliki skil yang berkualiti, kawalan bola baik dan penyudah gol. Dengan hanya 11 perlawanan, Mohammed Ghaddar telah berjaya mencetak 16 gol di mana Ghaddar telah menghasilkan 4 gol dalam satu perlawanan menentang Pulau Pinang dengan berkesudahan Kelantan 5 - 1 Pulau Pinang.

Malah, pemain-pemain tengah yang berpengalaman seperti Piya dan Indraputra Mahyuddin turut banyak membantu dan membuka ruang kepada Ghaddar untuk menghasilkan jaringan gol. Oleh sebab ini, Kelantan masih kekal menghuni tangga kelima walaupun bergelut dengan masalah bayaran gaji yang masih tertunggak. Persoalannya mampukah Ghaddar mengekalkan momentumnya di Kelantan?

2. Matheus Alves (Pahang) - 10 gol

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2017

Bijak Dollah Salleh mengatur strategi dan mengambil peluang untuk terus memberi cabaran kepada seteru utama seperti JDT dan Kedah. Hal ini kerana Pahang memiliki pemain import yang tajam di bahagian serangan. Jika dilihat kini Pahang adalah pasukan paling banyak menghasilkan gol.

Siapakah pemain import yang tajam untuk pasukan Tok Gajah? Ini lah dia Matheus Alves pemain import dari Brazil yang berjaya menghasilkan gol untuk setiap perlawanan. Kini, beliau telah berjaya mencetak 10 gol daripada 11 perlawanan Liga Super Malaysia 2017. Memandangkan Pahang turut memiliki Mamadou Sumareh yang turut beraksi dengan baik di bahagian serangan, sudah tentunya akan terus membantu Matheus Alves untuk menghasilkan gol.

3. Gonzalo Cabrera (JDT) - 6 gol

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2017

Jika dilihat musim ini, JDT agak bergelut di bahagian serangan kerana tidak memiliki penyerang utama yang tulen untuk bermain di bahagian Centre Forward. Namun begitu, JDT memiliki pemain import bahagian sayap yang begitu lincah mengelecek dan larian yang deras iaitu Gonzalo Cabrera.

Gonzalo Cabrera adalah pemain import dari Argentina yang mempunyai skil dan gaya seakan penyerang import prolifik JDT, Fereyra Diaz dengan menampilkan aksi cemerlang di bahagian serangan. Dengan teknik, skil dan kawalan bola yang baik dari Cabrera sudah tentu dapat mengucar kacirkan di pintu gol pasukan lawan. Malah, dengan rekod 6 gol sudah pastinya ia akan terus dikekalkan dalam skuad utama JDT untuk terus bersaing dalam perlawanan seterusnya.

4. Gabriel Guerra (JDT) - 5 gol

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2017

Sebenarnya Gabriel Guerra adalah pemain import JDT II yang telah dinaikkan pangkat ke skuad utama JDT melalui perpindahan feeder pertukaran pemain. Hal ini kerana pengendali JDT nampak ketajaman beliau beraksi dengan baik di bahagian serangan ketika Guerra berjaya menghasilkan 5 gol di awal musim bersama JDT II.

Walaubagaimanapun, momentum kecemerlangannya terus dikekalkan bersama pasukan JDT. Kini, Guerra berjaya mencetak 5 gol daripada 11 perlawanan Liga Super 2017 dibantu oleh Cabrera, Safiq yang banyak membantu beliau untuk menerjah gawang gol. Nampaknya, Mora akan terus mengekalkan Guerra di bahagian serangan dan dijangka akan menukarkan Brian Ferreira untuk pembukaan jendela perpindahan masa terdekat ini.

5. Ken Ilso (Kedah) - 5 gol

Top 5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2017

Satu-satunya penyerang tunggal pasukan Kedah iaitu Ken Ilso pemain import dari Denmark yang beraksi cukup baik di bahagian serangan dengan berjaya menghasilkan 5 gol untuk skuad Helang Merah. Beliau sebenarnya dibantu pemain yang hebat di bahagian tengah seperti Liridon Krasniqi, Sandro Mendolca dan Baddrol Bakhtiar yang banyak melakukan hantaran kepadanya.

Dengan gaya permainan tika taka yang diterapkan dalam pasukan Kedah sudah tentunya penyerang perlu memainkan peranan cukup penting untuk menghasilkan gol. Ini dibuktikan sendiri oleh ketajaman Ken Ilso yang bijak mengambil peluang dari bola direct passing dan berjaya menyempurnakan jaringan cukup baik. Adakah Ken Ilso akan terus dikekalkan?

Akhir kata semoga pemain-pemain import yang beraksi di Liga Super Malaysia 2017 perlu terus mengekalkan momentum dengan bermain cemerlang untuk membantu pasukan masing-masing dalam saingan liga yang berbaki hanya 11 perlawanan. Jika anda rasa kelima-lima pemain import ini layak berada dalam kedudukan terbaik boleh kemukakan komen dan jika ada pemilihan yang lain boleh juga kongsikan pandangan anda.

Kredit gambar Johor Southern Tigers, Google

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.