Previu Perlawanan Ke-6 Piala AFC 2017: JDT vs Magwe FC
Previu Perlawanan Ke-6 Piala AFC 2017: JDT vs Magwe FC |Buat kali pertama dalam tiga musim mengambil bahagian dalam kejohanan Piala AFC, Johor Darul Tazim (JDT) yang akan beraksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan masih menunggu kelayakan untuk ke pusingan kalah mati. Pada tahun 2015 dan 2016, dalam hanya beberapa perlawanan JDT secara automatik layak ke pusingan seterusnya tapi tahun ini agak lain dan sukar.
Banyak sebab yang menjadi punca penurunan prestasi pasukan JDT walaupun masih berada di landasan terbaik di bawah kendalian Benjamin Mora. JDT bakal berdepan Magwe FC pada hari Rabu 3 Mei 2017 di halaman sendiri. Pada awal bulan Mac, JDT yang telah bertandang ke Yangon di mana keputusan berakhir dengan seri 1-1 menentang Magwe FC.
Pencabar terdekat JDT iaitu kelab dari Filipina, Global FC berjaya menjarakkan diri daripada JDT dengan tiga mata setelah mencatat kemenangan ke atas Magwe FC tempoh lalu. Jika diteliti sebelum perlawanan ini, JDT berjaya mengutip tiga mata Liga Super 2017 setelah menang 2-1 ke atas Pulau Pinang. Masih kah pemain-pemain JDT mengalami keletihan?
Mora juga mesti memikirkan perlawanan akan datang menentang Melaka United pada 6 Mei ini. Adakah Mora masih mengekalkan pemain utama dalam aksi perlawanan menentang Magwe FC? Ataupun masih menguji pemain yang jarang beraksi dalam Liga Super 2017?
Akan ada perkara penggantungan mungkin bahawa Mora perlu mengambilkira apabila memilih pasukannya. Marcos Antonio, Fazly Mazlan, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq adakah menjadi pilihan utama untuk menjaga benteng pertahanan JDT? Terdapat juga persoalan adakah Hazwan Bakri boleh diturunkan untuk beraksi menentang Magwe FC. Fadhli Shah pula dibelenggu kecederaan sementara Safawi Rasid menjalani pengantungan satu perlawanan.
Jika dilihat kelebihan ini terarah kepada JDT kerana perlawanan terakhir kumpulan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin. Apa-apa pun tiada pilihan JDT harus menang ke atas Magwe FC. Kini, JDT berada di landasan yang betul untuk melayakan diri ke pusingan seterusnya selaku pasukan tempat kedua terbaik mengatasi pasukan di tempat kedua Kumpulan H iaitu Hanoi FC.
Luaskan kuasamu Johor....Ayuh ke Larkin!

Pemain Menjadi Pilihan Mora Menentang Magwe FC
Akan ada perkara penggantungan mungkin bahawa Mora perlu mengambilkira apabila memilih pasukannya. Marcos Antonio, Fazly Mazlan, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq adakah menjadi pilihan utama untuk menjaga benteng pertahanan JDT? Terdapat juga persoalan adakah Hazwan Bakri boleh diturunkan untuk beraksi menentang Magwe FC. Fadhli Shah pula dibelenggu kecederaan sementara Safawi Rasid menjalani pengantungan satu perlawanan.
Kredit gambar Johor Southern Tigers |
Jika dilihat kelebihan ini terarah kepada JDT kerana perlawanan terakhir kumpulan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin. Apa-apa pun tiada pilihan JDT harus menang ke atas Magwe FC. Kini, JDT berada di landasan yang betul untuk melayakan diri ke pusingan seterusnya selaku pasukan tempat kedua terbaik mengatasi pasukan di tempat kedua Kumpulan H iaitu Hanoi FC.
Ramalan Pemain JDT Akan Diturunkan Di Larkin
Kredit gambar gaoal.com |

Post a Comment