Analisis Taktikal : Corak High Pressing UiTM FC Menjadi, Kedah Gagal Menang Besar!
Analisis Taktikal : Corak High Pressing UiTM FC Menjadi, Kedah Gagal Menang Besar!|Perlawanan ke-5 Piala Malaysia 2017 antara pasukan Kedah menentang UiTM FC? Dimana pasukan Kedah berjaya mencatatkan keputusan 1-0 terhadap UiTM FC di halaman sendiri. Anda terfikir? Bagaimana taktikal atau pelan yang digunakan supaya skuad hijau kuning tidak meneruskan pesta gol.
Seperti yang kita ketahui, pasukan UiTM FC yang beraksi di Liga Perdana bukanlah sebuah pasukan yang perlu diambil mudah. Sebenarnya mereka masih menggunakan strategi permainan yang sama ketika melayan kunjungan pasukan Kedah pada perlawanan tempoh hari.
Namun kali UiTM FC bermain secara direct football yang menggunakan seorang pemain yang bertindak di bahagian playmaker. UiTM menggunakan Dechi Marcel N' Guessan sebagai playmaker untuk menjadi rantaian daripada centre area ke final third. Manakala Akanni Sunday Wasiu bertindak sebagai targetman.
Tugas Dechi Marcel yang bertindak sebagai Defensive Midfielder dan melakukkan pressing di centre area dalam peperangan untuk mendominasi bahagian tengah. Ternyata strategi ini berjaya dikawal secara total di bahagian tengah dimana Liridon Krasniqi dijaga dengan rapi oleh pemain UiTM FC.
Jika dilihat pasukan Kedah menggunakan falsafah menyerang dengan menguasai Zon 14 dan UiTM sedaya upaya untuk mengelakkkan Zon 14 mereka dicerobohi melalui halfspace oleh Kedah. Sekiranya berlaku mereka akan dibolosi dengan jumlah jaringan yang tinggi.
UiTM juga mengamalkan corak permainan yang aggressive dan mengenakan pressing yang tinggi di bahagian tengah untuk menyukarkan pemain Kedah di bahagian tengah untuk bergerak bebas. Kredit kepada Dechi Marcel yang berjaya mendominasi di centre area secara mutlak sekaligus meranapkan pemain kedah untuk bermaharajalela di tengah.
Kesimpulan nya perlawanan ini agak kurang menghiburkan dimana UiTM bermain secara aggressive dan sedikit sebanyak mengganggu tempo perlawanan.

Post a Comment