Satu Slot Piala AFC Terbatal, Jika Pahang Tolak, Ini Kesan Yang Lain!
Satu Slot Piala AFC Terbatal, Jika Pahang Tolak, Ini Kesan Yang lain! | Hanya pasukan Pahang boleh mengisi satu lagi slot yang diperuntukkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada Malaysia dalam saingan Piala AFC tahun depan. Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata skuad Tok Gajah layak mengisi slot berkenaan bagi menggantikan Kedah yang tidak dapat beraksi akibat tidak memiliki lesen badan induk bola sepak Asia itu.
Katanya, jika Pahang memenuhi syarat kelayakan tetapi enggan menyertai kejohanan itu, secara automatik slot berkenaan terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan lain.
"Bila pasukan sudah memenuhi syarat kelayakan tapi menarik diri, maknanya slot itu akan hangus atau hilang sebab kita anggap negara itu tak nak gunakan slot berkenaan. Jadi, kami hanya boleh ucap terima kasih.
"Pahang tidak salah, tapi rugilah sebab slot itu boleh membantu ranking Malaysia untuk masa depan. Jika pasukan itu berjaya bermain dengan baik, maknanya ranking pasukan negara itu akan naik," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Windsor turut mengesahkan pihaknya masih menunggu surat pengesahan daripada FAM berhubung keputusan Pahang menolak tawaran beraksi di Piala AFC.
Sumber : BH Online
Post a Comment