Header Ads

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017 | Berlabuhnya tirai Liga Malaysia 2017, dimana pasukan Johor Darul Takzim (JDT) lagi sekali dinobatkan sebagai juara Liga Super 2017 manakala pasukan Kuala Lumpur pula menjulang trofi Liga Perdana musim 2017. Jika dinilai prestasi keseluruhan pasukan, semuanya rata-rata dibantu oleh barisan pemain import yang berjaya memberikan persembahan terbaik. Siapakah pemain import paling bersinar dan terbaik musim 2017 di Liga Super Malaysia 2017?

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017


Berikut dikongsikan adalah top 5 pemain import paling terbaik Liga Super Malaysia 2017 :

1. Gonzalo Cabrera

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

Gonzalo Cabrera dianggap pemain paling penting dan disayangi oleh pasukan JDT, dimana beliau berjaya mencetak hampir 15 gol untuk satu musim bersama skuad itu. Beliau yang berasal dari Argentina dan juga bekas pemain Boca Juniors, memiliki gaya permainan yang cukup menarik dan aksi lincah di hadapan kotak box-to-box pihak lawan. Ternyata pembelian Cabrera dianggap berbaloi untuk menggantikan kedudukan pemain import, Brian Ferreira.

2. Ken Ilso

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

Ken Ilso pemain penyerang dari Denmark yang berusia 30 tahun menunjukkan satu potensi cukup baik bersama skuad Helang Merah pada musim ini. Beliau berjaya membuktikan untuk pasukan Kedah bahawa dia adalah penyerang import paling penting untuk skuad itu. Ken Ilso berjaya mencatat 25 gol dari semua perlawanannya bersama pasukan Kedah dan telah membantu menjulang Piala FA 2017.

Dengan bantuan pemain tengah yang berkaliber seperti Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar dan Sandro Meldonca membuatkan memberi laluan mudah untuk beliau mencetak gol.

3. Matheus Alves

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

Kejayaan pasukan Pahang menghabiskan musim 2017 di kedudukan ke-2 banyak dibantu oleh pemain import serangan mereka yang cukup baik. Matheus Alves salah seorang pemain import yang paling menyerlah selain Sumareh, dimana Alves berjaya mencetak 25 gol dalam semua perlawanan bersama skuad Tok Gajah.

Beliau juga menghasilkan 18 gol di Liga Super 2017 sekaligus dinobatkan pemenang silver boot di belakang Mohamed Ghaddar pemain import Johor Darul Takzim.

4. Mohammed Ghaddar

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

Mohammed Ghaddar dianggap pemain import Asia yang berada di kelas tersendiri dimana beliau mempunyai gelecekan yang sangat menarik dan tajam di hadapan kotak penalti lawan. Pemain yang telah berusia 33 tahun ini masih gah mempamerkan aksi bertenaga dimana berjaya membantu Kelantan pada awal musim dan berhijrah ke JDT tidak menghampakan kelab itu.

Ghaddar berjaya mencetak 23 gol dalam perlawanan Liga Super 2017 bersama pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim. Sekaligus, beliau dinobatkan golden boot Malaysia Super League 2017.

5. Thiago Augusto

Top 5 Pemain Import Paling Terbaik Liga Super Malaysia 2017

Thiago Augusto adalah seorang penyerang import yang mempunyai skill individu yang menarik dan agak tenang menghasilkan gol. Nama Thiago tidak asing lagi dalam arena bolasepak Malaysia , dimana sebelum ini beliau membantu pasukan Kedah menjuarai Piala Malaysia musim 2016.

Tetapi untuk musim 2017 Thiago berhijrah ke Felda United dan menunjukkan prestasi di luar jangkaan dimana berjaya mencetak 14 gol dan 2 kali hatrik perlawanannya. Sekaligus beliau layak berada di top 5 pemain import terbaik musim ini.

Pilihan 5 pemain import ini berdasarkan penilaian dari penulis blog Celotehsukan. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.